09/05/2021
Soal Selidik Penggunaan Peranti / Gadjet oleh Murid Semasa PdPR
https://forms.gle/xxiqevRqAqLrPPdb7
by:adminzas
25/04/2021
Majlis Perasmian Pelancaran Program Galakan Membaca -Nilam
Tanggal 19 April 2021 bersamaan hari Isnin, bertempat di Bilik Kuliah telah berlangsungnya majlis Perasmian Pelancaran Galakan Membaca Nilam peringkat sekolah. Majlis dimulai dengan ucapan penyelaras Nilam diikuti ucapan perasmian oleh Tuan Pengetua. Selanjutnya gimik perasmian dan di akhiri dengan penyampaian cendera hati. Majlis dihadiri oleh guru-guru dan murid-murid dengan mematuhi SOP yang ketat. Di samping itu, siaran langsung majlis ini disiarkan melalui Google Meet dan ditonton oleh guru-guru yang tidak berkesempatan untuk hadir melalui telefon bimbit masing-masing. Tujuan program ini adalah untuk memberi galakan kepada murid-murid supaya rajin membaca dan mempunyai target tersendiri dalam setahun seperti memetik ungkapan pengetua dalam ucapannya ""Kempen ini sebagai titik mula untuk kita bergerak bagi mencapai 40 buah buku setahun."- Haji Khalic bin Abdul Hamid, Pengetua SMK Wira Penrissen. Majlis yang bermula jam 10.30 pagi ini berakhir jam 11.30 pagi.
24/04/2021
Program Ceramah Ihya' Ramadan
Pada 13 April 2021 bersamaan 1 Ramadan 1442H, (Cuti Peristiwa) Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan satu sesi majlis ilmu bersempena menyambut awal Ramadan bulan puasa yang mulia. Ceramah telah disampaikan oleh alfadil Ustaz Irwan bin Abu Bakar dari SMK Wira Penrissen yang bertajuk Panduan Mencapai Puasa Orang Soleh. Ceramah diadakan di dewan kuliah dan dihadiri oleh tuan pengetua serta beberapa orang guru .Ceramah ini juga disiarkan melalui platform Google Meet dan ditonton oleh guru-guru serta murid-murid di rumah masing-masing. Rakaman ceramah ini juga dimuat naik ke Youtube untuk tontonan umum. Antara intisari ceramah catatan moderator pada majlis tersebut adalah seperti berikut:
- Puasa disyariatkan pada bulan Sya'aban, Tahun 2 Hijrah.
- Nabi puasa Ramadan 9 kali. 8 kali Nabi berpuasa 29 hari, 1 kali berpuasa 30 hari.
- Puasa sudah disyariatkan kepada umat terdahulu;
- Nabi Adam a.s. berpuasa 3 hari setiap bulan (13,14,15 haribulan),
- Nabi Musa a.s berpuasa 40 hari, 40 malam.
- Nabi Daud berpuasa selang seli, sehari berpuasa sehari berbuka
- Nabi Isa a.s berpuasa selama 50 hari.
-Tingkat puasa - puasa umum (awam), puasa khusus (orang soleh), puasa khususi khusus
(para Nabi, muqarrabin).
- Takut kepada Allah bukan bererti lari daripada Allah , tetapi takut yang membawa seseorang kian mendekati Allah.
by: adminzas
23/04/2021
Gotong-Royong Mengecat Laluan Pejalan Kaki
Sabtu, 10 April 2021 aktiviti gotong-royong mengecat laluan pejalan kaki untuk murid-murid telah dilakukan. Gotong-royong ini disertai oleh guru-guru dan AKP serta beberapa orang murid dari tingkatan 5 dan 6. Tujuan gotong-royong ini adalah untuk memudahkan pelaksanaan pematuhan SOP Covid-19. Laluan jalan kaki yang sedang dibina bumbungnya dari pintu utama 1 ke pintu pagar 2 dibuat garisan pembahagi serta arah panah pergi dan balik. Bagi laluan lintasan pula dibuat garisan laluan zebra dan dicat dengan warna putih hitam. Laluan ke blok kelas iaitu di pinggir jalan garisan dibuat dicat dengan warna kuning. Gotong-royong yang diketuai oleh PK HEM ini bermula jam 7.30 dan berakhir jam 11.00 pagi. Gotong-royong telah dilaksanakan dengan lancarnya walaupun kami berasa sedikit kepanasan kerana berada di bawah cahaya matahari yang terik.
15/04/2021
Program Ceramah "Road to Ramadan"
Pada 3 Mac 2021 bertempat di surau Nur Hidayah, SMK Wira Penrissen telah berlangsungnya Program Ceramah bersempena menyambut Ramadan dengan tajuk, "Road to Ramadan". Ceramah telah disampaikan oleh Profesor Madya Dr Abdul Halim bin Haji Busari yang dijemput khas dari Unimas. Majlis bermula jam 8.30 pagi dengan bacaan doa diikuti oleh ucapan alu-aluan oleh PK Petang bagi mewakili pengetua . Majlis telah dihadiri oleh guru-guru dan staf AKP beragama Islam dengan mematuhi SOP yang ketat. Ceramah ini juga disiarkan secara "live" melalui platform Google Meet dan ditonton oleh murid-murid di rumah masing-masing . Di samping itu, ceramah ini juga telah dirakam dan disiarkan untuk tonton umum di Youtube pada keesokan harinya. Majlis yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan ini berlangsung dengan jayanya.
Antara intipati ceramah tersebut ialah:
Pra-Ramadan
- Doa untuk dipanjangkn usia agar dapat bertemu Ramadan.
- Para salafus soleh sudah berdoa 6 bulan sebelum datang Ramadan.
- Banyakkan bertaubat.
- Bersegera untuk menggantikan puasa yang tertinggal.
- Lakukan pemanasan dengan berlumba-lumba membuat kebaikan dan puasa sunat.
- Tambah ilmu dengan membuat ulang kaji puasa.
Ramadan
Menu Ibadah Sepanjang Ramadan:
- As-Siyam (puasa)
- Al-Qiyam
- Al-Quran
- As-Sadaqah
- Az-Zikr
Menu Al-Qiyam:
- Tarawih
- Tahajjud
- Taubat
Ceramah ini boleh ditonton di Youtube di link berikut:
by: adminzas
29/03/2021
Ceramah Israk dan Mikraj
Ceramah Israk dan Mikraj telah diadakan pada 11 Mac 2021 bersamaan 27 Rejab 1442 iaitu pada hari Khamis bermula jam 8.45 pagi. Majlis dimulai dengan bacaan doa dan ucapan pengetua. Seterusnya, ceramah telah disampaikan oleh ustaz Hamilan bin Soni Penolong PPD, Unit Pendidikan Islam, PPD Samarahan. Majlis berlangsung bertempat di bilik kuliah SMK Wira Penrissen. Ceramah ini telah dihadiri seramai 30 orang guru dan kakitangan sokongan. Selain itu , ceramah ini telah disiarkan secara langsung melalui medium Googgle Classroom untuk ditonton oleh murid dan guru Islam. Di samping itu, ceramah ini juga dibuat rakaman dan disiarkan melalui Youtube pada untuk tontonan umum. Majlis dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam, SMK Wira Penrissen.
Antara ibrah dan poin penting daripada ceramah tersebut ialah:
1
1 Israk dan Mikraj merupakan mukjizat kedua besar selepas mukjizat Al-Quran.
2. Baitul Maqdis -lebuh raya ke langit. - Tempat pertama 'terkoyak' semasa kiamat nanti.
3. Pintu langit ditutup sebaik sahaja kelahiran Nabi, dan akan dibuka setiap menjelang Ramadan.
4. Kita harus sentiasa 'up-grade' solat.
5. Kalimah 'Insha Allah' penting dalam melakukan tindakan.
6. Semua mukjizat para Nabi lain ada pada Rasulullah s.a.w.
7. Baitullah tempat manusia tawaf, Baitul Makmur tempat para malaikat tawaf.
8. Mati juga merupakan makhluk.
9. Al-Quran tidak jauh dari kita, tetapi hati kita yang jauh dari al-Quran.
by: adminzas