29/03/2021

Ceramah Israk dan Mikraj

Ceramah Israk dan Mikraj telah diadakan pada 11 Mac 2021 bersamaan 27 Rejab 1442 iaitu pada hari Khamis bermula jam 8.45 pagi. Majlis dimulai dengan bacaan doa dan ucapan pengetua. Seterusnya, ceramah telah disampaikan oleh ustaz Hamilan bin Soni Penolong PPD, Unit Pendidikan Islam, PPD Samarahan. Majlis berlangsung bertempat di bilik kuliah SMK Wira Penrissen. Ceramah ini telah dihadiri seramai 30 orang guru dan kakitangan sokongan. Selain itu , ceramah ini telah disiarkan secara langsung melalui medium Googgle Classroom untuk ditonton oleh  murid dan guru Islam. Di samping itu, ceramah ini juga dibuat rakaman dan disiarkan melalui Youtube pada untuk tontonan umum. Majlis dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam, SMK Wira Penrissen.

Antara ibrah dan poin penting daripada ceramah tersebut ialah:

1
1  Israk dan Mikraj merupakan mukjizat kedua besar selepas mukjizat Al-Quran.
2. Baitul Maqdis -lebuh raya ke langit. - Tempat pertama 'terkoyak' semasa kiamat nanti.
3. Pintu langit ditutup sebaik sahaja kelahiran Nabi, dan akan dibuka setiap menjelang Ramadan.
4. Kita harus sentiasa 'up-grade' solat.
5. Kalimah 'Insha Allah' penting dalam melakukan tindakan.
6. Semua mukjizat para Nabi lain ada pada Rasulullah s.a.w.
7. Baitullah tempat manusia tawaf, Baitul Makmur tempat para malaikat tawaf.
8. Mati juga merupakan makhluk.
9. Al-Quran tidak jauh dari kita, tetapi hati kita yang jauh dari al-Quran.

                                                       
Video ceramah boleh ditonton di link ini:  https://youtu.be/d2EFzwwQKvM





by: adminzas


Share:

Dilihat

Theme Support