25/04/2021

Majlis Perasmian Pelancaran Program Galakan Membaca -Nilam

Tanggal 19 April 2021 bersamaan hari Isnin, bertempat di Bilik Kuliah telah berlangsungnya majlis Perasmian Pelancaran Galakan Membaca Nilam peringkat sekolah. Majlis dimulai dengan ucapan penyelaras Nilam diikuti ucapan  perasmian oleh Tuan Pengetua. Selanjutnya gimik perasmian dan di akhiri dengan penyampaian cendera hati. Majlis dihadiri oleh guru-guru dan murid-murid dengan mematuhi SOP yang ketat. Di samping itu, siaran langsung majlis ini disiarkan melalui Google Meet dan ditonton oleh guru-guru yang tidak berkesempatan untuk hadir melalui telefon bimbit masing-masing. Tujuan program ini adalah untuk memberi galakan kepada murid-murid supaya rajin membaca dan mempunyai target tersendiri dalam setahun seperti memetik ungkapan pengetua dalam ucapannya ""Kempen ini sebagai titik mula untuk kita bergerak bagi mencapai 40 buah buku setahun."- Haji Khalic bin Abdul Hamid, Pengetua SMK Wira Penrissen.  Majlis  yang bermula jam 10.30 pagi ini berakhir jam 11.30 pagi.                                                      

by:adminzas
Share:

24/04/2021

Program Ceramah Ihya' Ramadan

Pada 13 April 2021 bersamaan 1 Ramadan 1442H, (Cuti Peristiwa) Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan  satu sesi majlis ilmu bersempena menyambut awal Ramadan bulan puasa yang mulia. Ceramah telah disampaikan oleh alfadil Ustaz Irwan bin Abu Bakar  dari SMK Wira Penrissen yang bertajuk Panduan Mencapai Puasa Orang Soleh. Ceramah diadakan di dewan kuliah dan dihadiri oleh tuan pengetua serta beberapa orang guru .Ceramah ini juga disiarkan melalui platform Google Meet dan ditonton oleh guru-guru serta murid-murid di rumah masing-masing. Rakaman ceramah ini juga dimuat naik ke Youtube untuk tontonan umum. Antara intisari ceramah catatan moderator  pada majlis tersebut adalah seperti berikut:

- Puasa disyariatkan pada bulan Sya'aban, Tahun 2 Hijrah.
- Nabi puasa Ramadan 9 kali. 8 kali Nabi berpuasa 29 hari, 1 kali berpuasa 30 hari.
- Puasa sudah disyariatkan kepada umat terdahulu;
- Nabi Adam a.s. berpuasa 3 hari setiap bulan (13,14,15 haribulan),
- Nabi Musa a.s berpuasa 40 hari, 40 malam.
- Nabi Daud berpuasa selang seli, sehari berpuasa sehari berbuka
- Nabi Isa a.s berpuasa selama 50 hari.
-Tingkat puasa - puasa umum (awam), puasa khusus (orang soleh), puasa khususi  khusus
   (para Nabi,  muqarrabin).
- Takut kepada Allah bukan bererti lari daripada Allah , tetapi takut yang membawa seseorang kian    mendekati Allah.

Ceramah ini boleh ditonton di link berkut: 

 

 


by: adminzas

Share:

23/04/2021

Gotong-Royong Mengecat Laluan Pejalan Kaki

Sabtu, 10 April 2021 aktiviti gotong-royong mengecat laluan pejalan kaki  untuk murid-murid  telah dilakukan. Gotong-royong ini disertai oleh guru-guru dan AKP serta beberapa orang murid dari tingkatan 5 dan 6. Tujuan gotong-royong ini adalah untuk  memudahkan pelaksanaan pematuhan SOP Covid-19. Laluan jalan kaki yang sedang dibina bumbungnya dari pintu utama 1 ke pintu pagar 2 dibuat garisan pembahagi  serta arah panah pergi dan balik. Bagi laluan lintasan pula dibuat  garisan laluan zebra dan dicat dengan warna putih  hitam. Laluan ke blok kelas iaitu di pinggir jalan garisan dibuat  dicat dengan warna kuning. Gotong-royong yang diketuai oleh PK HEM ini bermula jam 7.30  dan berakhir jam 11.00 pagi. Gotong-royong telah  dilaksanakan dengan lancarnya walaupun  kami berasa sedikit kepanasan  kerana  berada di bawah cahaya matahari yang terik.








 
by: adminzas
 

Share:

15/04/2021

Program Ceramah "Road to Ramadan"

Pada 3 Mac  2021 bertempat di surau Nur Hidayah, SMK Wira Penrissen telah berlangsungnya Program Ceramah bersempena menyambut  Ramadan dengan tajuk, "Road to Ramadan". Ceramah telah disampaikan oleh Profesor Madya Dr Abdul Halim bin Haji Busari yang dijemput khas dari Unimas. Majlis bermula jam 8.30 pagi dengan  bacaan doa diikuti oleh ucapan alu-aluan oleh PK Petang bagi mewakili pengetua . Majlis  telah dihadiri oleh guru-guru dan staf AKP beragama Islam dengan mematuhi SOP yang ketat. Ceramah ini juga disiarkan secara "live" melalui platform Google Meet dan ditonton oleh murid-murid di rumah masing-masing . Di samping itu, ceramah ini  juga telah dirakam dan disiarkan untuk tonton umum di Youtube pada keesokan harinya. Majlis  yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan ini berlangsung dengan jayanya.

Antara intipati ceramah tersebut ialah:

Pra-Ramadan
-  Doa untuk dipanjangkn usia agar dapat bertemu Ramadan.
-  Para salafus soleh sudah berdoa 6 bulan sebelum datang Ramadan.
-  Banyakkan bertaubat.
-  Bersegera untuk menggantikan puasa yang tertinggal.
-  Lakukan pemanasan dengan berlumba-lumba membuat kebaikan dan puasa sunat.
-  Tambah ilmu dengan membuat ulang kaji puasa.

Ramadan
Menu Ibadah Sepanjang Ramadan:
- As-Siyam (puasa)
- Al-Qiyam
- Al-Quran
- As-Sadaqah
- Az-Zikr

Menu Al-Qiyam:
- Tarawih
- Tahajjud
- Taubat

Ceramah ini boleh ditonton di Youtube di link berikut:

https://youtu.be/3JxHQ0kXIh0

 


by: adminzas


Share:

Dilihat

Theme Support