‘Malaysiaku’
Malaysia,
Sebuah negara yang merdeka,
Sebuah negara yang aman dan makmur,
Sebuah negara yang namanya gah di mata dunia.
Perpaduan,
Itulah semangat yang didukung rakyatnya,
Cina, Melayu, India serta semua penduduk peribumi berpadu,
Inilah kunci kejayaan kami dalam mengekalkan kedaulatan,
Tanpa wujudnya prasangka mahupun perbalahan,
Semuanya aman, semuanya makmur,
Semuanya indah,
Oh, bertuahnya negara ini!
Pembangunan,
Jelas kelihatan di negara kami,
Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas menjadi kebanggaan,
Kemajuan infrastruktur juga tidak dilupakan,
Kebanjiran kenderaan pengangkut rakyat,
Dengannya, semua orang mampu bergerak menuju kejayaan,
Baik yang miskin mahupun yang kaya saling membantu,
Tiada yang tertinggal, semuanya membangun.
Pembangunan ekonomi,
Memperlihatkan pelbagai cara untuk mencari sumber kewangan pada hari ini,
Dari perniagaan, pertambahan pasar raya yang megah,
Dari pelancongan, kegiatan digalakkan sehingga nama Malaysia dikenali dunia.
Dari pertanian, pengeksportan bahan-bahan ke peringkat antarabangsa,
Dari industri desa ke industry berat dimajukan untuk kemaslahatan penduduk,
Pendapatan negara meningkat, maka majulah negara kita.
Perkembangan ilmu,
Dipergiatkan untuk menjadikan bangsa berilmu,
Dengan ilmu, lahirlah cendekiawan negara yang berjaya,
Penguasaan ilmu dititikberatkan oleh penduduk,
Kerana bagi mereka ilmu adalah kuasa,
Kuasa yang mampu memerdekakan mereka daripada segala yang tidak bersih.
Kemerdekaan minda dan fizikal ini membentuk rakyat yang maju dan sihat,
Inilah tunjang kedaulatan negara,
Kedaulatan yang berasaskan penguasaan ilmu pengetahuan.
Malaysiaku,
Aku ingin berdiri teguh di tanah ini,
Semuanya indah dan sempurna di mataku,
Aku berharap negara kita akan terus Berjaya dan disegani di mata dunia.
Oh Malahysiaku…
Dengarlah pesananku ini,
Aku berjanji akan meneruskan kedaulatan dan kejayaan –mu,
Demi tanah air tercinta ini, aku sanggup berkorban.
Aku sayangi Malaysiaku.
Hasil Nukilan : Calvin Anak Nyibos ( 5 Sains 1 /2019)
Tempat Pertama
Pertandingan Penulisan Kreatif sempena Bulan Kebangsaan